
Kalau kita perasan, sekarang ramai wanita mula risau pasal kulit sensitif, jeragat, breakout tak berhenti, dan kulit makin kusam walaupun dah pakai macam-macam produk mahal. Tapi apa yang ramai tak tahu – semua tu sebenarnya boleh jadi berpunca daripada skin barrier yang lemah.
Apa Itu Skin Barrier?
Skin barrier ni umpama dinding pelindung semula jadi kulit. Ia terdiri daripada lapisan lipid (lemak sihat) yang lindungi kulit daripada pencemaran, bakteria, dan kehilangan kelembapan. Bila skin barrier sihat, kulit lebih kuat, glowing, dan tak mudah ‘naik’ masalah.
Tapi bila skin barrier rosak — contoh sebab pakai skincare terlalu kuat, exfoliate berlebihan, atau stress — kulit mula menunjukkan tanda-tanda seperti:
- Kemerahan, mudah pedih
- Kulit kering mengelupas
- Jeragat makin jelas
- Breakout berulang
Solusi: Rawat Dari Akar Masalah Dengan Postbiotic
Inilah sebab kenapa Zafesha Postbiotic jadi hero dalam rutin ramai wanita sekarang. Ia diformulasi khas dengan teknologi postbiotic — sejenis bahan aktif hasil daripada fermentasi probiotik, yang bantu menstabilkan mikroflora kulit dan membina semula skin barrier.
Kelebihan utama Zafesha Postbiotic:
- Membaiki skin barrier yang rosak
- Kurangkan kemerahan dan keradangan
- Melembapkan kulit secara mendalam
- Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk sensitif
Paling penting, ia mudah digunakan – hanya sapu selepas toner (atau selepas cuci muka), sebelum serum atau moisturizer. Digunakan siang dan malam secara konsisten.
Kenapa Penting Stabilkan Dulu Kulit Sebelum Guna Produk Lain?
Ramai yang terburu-buru nak putih, nak hilangkan jeragat, tapi lupa untuk stabilkan kulit dulu. Bila skin barrier dah sihat, barulah produk lain (seperti serum pencerah atau anti-aging) boleh bekerja dengan lebih berkesan.
Jadi kalau anda tengah alami masalah kulit yang tak sembuh-sembuh, atau rasa semua skincare dah tak jalan – mungkin kulit anda tengah overload dan perlukan ‘reset’.
Zafesha Postbiotic ialah langkah pertama untuk reset semula kesihatan kulit anda.


